Thursday, December 16, 2010

MENGAPA NANCY.?

Ini adalah kali pertama aku post dalam blog aku ni.Aku tak tahu samaada ianya jadi atau tak jadi macam bloger2 yg terdahulu mengeposnya.Aku pun tak tau sebab apa ruang ini di panggil BLOG.Dan POSTING ini pun aku cuma main agak mungkin ia macam pos surat waktu zaman aku budak lagi,cuma disesuaikan dalam alam cyber dan dinamakan POSTING.Sebenarnya aku tak tau apa yg aku nak taip untuk aku syok sendiri,tapi memandangkan kalau aku tak mula dari sekarang bila pula aku nak start.Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama...chewah!.Buat permulaan biarlah aku mulakan dengan satu kisah mengapa NANCY menjadi trademark aku.Jeng jeng jeng...Kisahnya bermula pada tahun 1977 sewaktu aku dalam tingkatan 2.Pada hari bagaimana nama ini menjadi trademark,guru ilmu hisab[La matematik]kelas aku telah memulangkan buku latihan ilmu hisab yg kami serahkan kepadanya kelmarin untuk diperiksa olehnya di rumah.Sambil memanggil nama2 kami untuk diserahkan kembali buku latihan ini,mukanya tiba2 berkeriut sambil memandang lama kesebuah buku latihan yg akan di pulangkan .Agak aku dalam 15 saat dia pun berdehem sambil menyebut nama empunya buku itu...,NANCY ALICE! laungnya selamba sambil mencari2 identiti pemunya buku tersebut.Malangnya tida siapa yg menyahut laungan nya kerana memang didalam kelas kami tiada sesiapa pun yg bernama seperti itu.Disebabkan tiada siapa yg hendak mengambilnya dia terus menayangkan kandungan buku tersebut sambil melihat kut2 ada yg kenal dgn tulisan atau style penulisan didalamnya.Menyirap darah aku bilamana buku yg dijulang oleh guru aku tu memang sah milik aku berdasarkan style dan tulisan yg memang aku punya identiti.Aku pun terus tersipu2 sambil mengangkat tangan menandakan buku itu kepunyaan aku.Dalam pada itu aku berfikir2 bagaimana ADNAN ALI menjadi NANCY ALICE dan aku terus dapat mengagak ianya adalah angkara member2 aku yg selalu cuba kenakan aku.Nama aku yg tertera dikulit buku latihan itu telah di 'rubber' oleh member aku pada huruf AD dan ditambah pula huruf CY ,ALI pula di tambah huruf CE.Jadi memang mat saleh le kedengaran nya.Guru aku pula setelah di ketahui identiti pemilik buku latihan itu,sambil menyerahkannya kepada aku disertakan bersama dengan kata2 hikmat yg setelah 33tahun berlalu aku masih terngiang2.Katanya....'ORANG MELAYU KALAU MABUK DIA AKAN JADI ORANG PUTEH,TAPI ORANG PUTEH KALAU MABUK DIA TAKKAN JADI MELAYU.'Fuh bunyinya simple tapi dalam maknanya..Sejak hari itu boleh dikatakan ramai member sekelas aku memanggil aku dgn nama itu tapi aku tak pula marah.Aku cuba jadikan nya sebagai satu trademark untuk aku tidak lupa akan kata2 hikmat guru aku itu .Ianya dapat dijadikan peringatan agar sejauh mana kita pergi,setinggi mana kita capai kejayaan dalam hidup kita ,JATIDIRI kita sebagai orang melayu islam tetap tak akan berubah.Kita tak akan menjadi bangsa lain selagi akar yg menunjangi diri kita adalah melayu.

2 comments:

  1. Oh gitu rupanya bermula kisah nancy alice ni yaaa... tapi che pah suka panggil nama cik Nan.. singkatan dari nama NANcy dan juga adNAN...Selamat datang ke dunia blogger cik nan.. terkejut jugak bila nampak cik nan komen kat blog cpah.. heeeee..OK.. cpah jadi follower cik nan yg pertama..!!!

    ReplyDelete
  2. trima kasih cek pah,he he saya senyum sorang2 lagi.Che pah ni memang PURE friend..

    ReplyDelete